Friday, 20 July 2012
Piala n Sijil Pertama 2012
Wednesday, 11 July 2012
tingkatan 6 VS DIPloma VS matrik ??
PERBANDINGAN ANTARA TINGKATAN ENAM DENGAN MATRIKULASI
TINGKATAN ENAM | MATRIKULASI |
Tempoh pengajian 3 semester | Sama |
Aliran sains dan kemanusiaan | Aliran sains hayat, fizikal & perakaunan |
Sijil diiktiraf untuk kemasukan ke IPTA & luar negara | Sijil diiktiraf oleh universiti berkenaan sahaja ( Dalam kes khas, diiktiraf universiti awam lain & berbanding beberapa negara luar ) |
Kos rendah berbanding matrikulasi/diploma | Kos lebih tinggi |
Sijil diiktiraf JPA untuk mendapat pekerjaan | Tidak diiktiraf oleh JPA |
Setaraf A level | Kurikulum berpandukan STPM |
Penghantar Bahasa Melayu | Sama |
Pusat di sekolah seluruh negara | Di kampus universiti atau pusat khas (kolej/sekolah) |
Perbandingan Tingkatan 6 Dengan Diploma
Suatu Perbandingan | Tingkatan 6 | Diploma |
Tempoh Masa | 1 tahun 6 bulan | 3 tahun |
Kos | Yuran Sekolah + Buku rujukan (kurang RM 600) | Pinjaman PTPTN Minima RM 15 ribu |
Peluang ke Ijazah | 2.8 ke atas akan diambil Kouta khas oleh kerajaan disediakan | 3.5 ke atas layak untuk Ijazah Bersaing dengan pelajar STPM & Matrikulasi |
Sistem pembelajaran | Peperiksaan STPM (90 % akedemik & 10 % kokurikulum ) | Sistem Semester - 6 bulan 1 semester - Markah ditambah dengan kerja kursus |
Tempat | Sekolah | Politeknik / IPTA / IPTS |
Peluang Kerja | Dapat mohon kerja dengan STPM | Dapat memohon kerja |
Populariti | X boleh tunjuk-menunjuk | Dapat tunjuk-menunjuk |
Pembacaan | Perlu belajar dengan tekun & serius | Markah peperiksaan ditambah dengan kerja kursus & berkumpulan |
Kebaikan | Dapat ke Ijazah dalam masa yang singkat | Dapat bekerja selepas dapat diploma |
Keburukan | Jika ke Tingkatan 6 , X belajar , baik jangan,membazir masa & duit | Jika ke diploma untuk main- main & dapat pointer rendah,memalukan sahaja |
Pengalaman semasa pertama kali menjejak kaki di Universiti | X bergantung kepada pensyarah sepenuhnya, Dapat berdikari hasil pengalaman & pendedahan di Tingkatan 6 | Kejutan pelajaran,sosial & budaya.Perlu menyesuaikan diri ,mengambil masa untuk berdikari dengan persekitaran Universiti |
tu dia.. now kita dah tengok kan perbezaan dia... lagi satu jangan lupa yang tingkatan 6 juga ade MUET.. iaitu english test ya.. test ni memang kena amik lagi-lagi kalau kita nak sambung ke dgree.. and jangan lupa yang kita dok tingkatan 6 ni pun ada kelebihan dia.. iaitu.. jeng2.. hihi..
- Diiktiraf bagi kemasukan ke kebanyakan universiti di serata dunia.
- Dengan sijil STPM pun sudah boleh bekerja dengan kerajaan mahupun swasta. Syaratnya mestilah mendapat 4 prinsipal/3 prinsipal dan 2 subsid mana-mana yang terpakai berdasarkan prinsipal terendah.
- Kiraan ‘pointer’ STPM berdasarkan jumlah markah kesemua pointer subjek diambil dibahagi dengan 4 sahaja. ‘Pointer’ untuk memasuki ke universiti menggunakan STPM ini tidak tinggi berbanding kursus matrikulasi, pra-u, diploma dan sebagainya kerana taraf akademiknya sangat hampir dengan universiti.
- Kualiti sijil STPM ini bertaraf diploma. Maksudnya ANDA boleh memohon jawatan bertaraf diploma di jabatan kerajaan spa.gov.my.
TARAF SIJIL STPM
- Setiap subjek lulus prinsipal akan dapat taraf Advanced Level (setaraf A-Level) Cambridge/UK.
- Taraf soalannya sama kualiti dengan soalan peperiksaan luar negara Cambridge GCE A-Level.
- Di luar negara, STPM digelar Senior Cambridge, SPM – Junior Cambrige.. kekadang High School Certificate(HSC), High School Diploma di US.
tengok!! power tak kita.. so.. jagan bersedih k.. sentiasa berusaha and lagi satu.. dekat mana pun kita menimba ilmu.. !! yang penting ialah kemauhuan kita untuk belajar and berjaya.. and jangan sesakali pandang remeh dekat tingkatan 6 ni.. k.. jadi.. akhir kata.. buat pilihan yang terbaik untuk hidup kita.. kurang baik di spm bukan bererti kita mati.. perjuangan belum tamat!! yehh!!..
Subscribe to:
Posts (Atom)